• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Iron Man’ Indonesia Gegarkan Dunia Teknologi

oleh AK-47
20/01/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI bukan adengan dalam filem, tetapi tangan bionik ini memang wujud dan ia dicipta sendiri oleh lelaki warga Indonesia ini berdasarkan ilham adaptasi daripada filem Iron Man.

Wayan Sumardana Sutawan, berasal dari Bali mampu mencipta tangan unik itu meskipun beliau bukan daripada golongan mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya kejuruteraan fizikal atau mekanikal.

Apa yang membuatkan kami bertambah kagum ialah, Sutawan atau lebih dikenali dengan panggilan Tawan mempelajari teknologi tangan bionik tersebut hanya menerusi Internet serta berpandukan video di YouTube.


‘Iron Man’ Indonesia Gegarkan Dunia Teknologi oleh mynewshub

Menceritakan lebih lanjut bagaimana tangan bionik ini dihasilkan, Tawan bercerita dia pada mulanya disahkan menghadapi penyakit angin ahmar sejak enam bulan lalu.

Perkara tersebut membuatkan tangan kiri lelaki yang kini berusia 31 tahun itu sukar untuk digerakkan.

tawan3

tawan

Menurut doktor, penyakitnya itu juga akan menyebabkan Tawan sukar untuk melakukkan kerja hariannya, iaitu sebagai buruh besi di sebuah bengkel tempatan.

Tawan melihatkan perkara ini lantas mencari idea bagaimana untuk membuatkan tangannya kembali ‘berfungsi’ disamping keluarganya yang mengharapakan dirinya untuk menampung pembelanjaan hidup.

Lantas Sutawan yang menanggung pelbagai beban dan kedaifan hidup nekad menggunakan barangan-barangan di bengkel besinya dan dikatakan telah berkali-kali gagal ketika ciptaannya itu hampir 50 peratus siap.

Namun berkat ketekunan dan kesabarannya, Tawan akhirnya berjaya menjadi ‘Tony Stark’ di dalam bengkel kecilnya yang mana tangan bionik tersebut mampu digerakkan dengan menggunakan otak.

Berita mengenai kejayaan beliau telah membuatkan dirinya digelarkan ‘Iron Man Bali’ daripada media tempatan.

tawan2

Kini, Tawan menjadi ‘hero’ popular di Indonesia dan berita mengenai kejayaanya turut disiarkan di kebanyakan laman web antarabangsa seperti 9GAG. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiakreatifTeknologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd