• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIJ Hasrat Capai Sasaran Sifar Asnaf Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEDANG – Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhasrat mencapai sasaran sifar asnaf (penerima wang zakat) yang tercicir daripada senarai mereka yang layak di negeri ini bermula tahun ini.

Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadot berkata bagi menjayakan sasaran itu, semua kakitangan MAIJ termasuk kadi dan ketua kampung diminta terlibat sama mengenal pasti mereka yang layak untuk menerima wang zakat.

“Pihak majlis (MAIJ) menerusi Program Jejak Asnaf akan mencari dan membantu seramai mana golongan asnaf di negeri Johor agar tidak ada yang tercicir dalam pengagihan wang zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menyertai Program Jejak Asnaf MAIJ di daerah Ledang di Kampung Parit Dua, Sagil yang membabitkan 35 buah rumah di sini, Selasa.

Noh berkata sebagai ahli majlis adalah menjadi tanggungjawab dirinya untuk memastikan bahawa semua kutipan wang zakat diagihkan kepada saluran yang betul.

“Kita tidak mahu ada golongan asnaf yang tertinggal daripada menerima bantuan ini.

“Justeru itu, kita mahu semua pihak termasuk pemimpin setempat menyalurkan maklumat kepada MAIJ sekiranya terdapat golongan asnaf yang perlu mendapatkan bantuan. Insya-Allah kita tiada masalah untuk datang membantu,” katanya.

Sementara itu, penerima bantuan, Sharuddin Mohd Tahir, 46, berkata beliau bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh MAIJ bagi menampung perbelanjan kos membeli lampin pakai buang dan susu dua anak lelakinya yang mengalami masalah pembelajaran.

“Sebelum ini saya membelanjakan RM450 sebulan untuk membeli lampin pakai buang tidak termasuk kos susu sedangkan jumlah pendapatan bulanan sebagai pemandu tidak seberapa,” katanya.

Bapa kepada tiga orang anak dari Kampung Parit Dua, Sagil itu berkata masalah kewangan bagi menampung kos pengangkutan yang tinggi menyebabkan beliau terpaksa menangguh pelajaran dua anaknya lelakinya yang masing-masing berusia 14 dan 13 tahun ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang terletak di Muar.

“Saya harap dengan bantuan daripada MAIJ nanti, kedua-dua anak saya dapat belajar di PDK untuk masa depan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: asnafJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd