• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

63,000 Pelajar Mohon Sertai PLKN Bulan Mac Ini

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENTING HIGHLANDS – Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) telah berjaya menarik minat seramai 63,000 pelajar yang memohon menyertainya secara sukarela sejak ia dibuka November tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata jumlah itu dijangka akan terus meningkat dengan bantuan pihak sekolah yang memainkan peranan dalam menggalakkan para pelajar untuk menyertai program tersebut.

“PLKN 2.0 yang akan bermula pada Mac ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama meliputi latihan di dalam kem selama lapan minggu, manakala fasa kedua, pelajar boleh memilih untuk menyertai kursus kemahiran di institusi kemahiran yang ditawarkan bagi tempoh tiga hingga 36 bulan.

“Program kemahiran ini melibatkan pelbagai bidang seperti automotif, kimpalan dan elektrikal,” katanya pada sidang media Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, hari ini.

Mohmed Asri berkata ia merupakan landasan yang baik bagi membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi untuk menyertai program kemahiran.

Usaha ini adalah hasil kerjasama JLKN dengan 10 agensi kerajaan yang turut melibatkan 400 institusi kemahiran.

Sementara itu, Yayasan Briged Kesukarelawan Khidmat Negara juga telah ditubuhkan bagi memberi peluang kepada lebih 800,000 alumni pelatih PLKN untuk menyertai aktiviti khidmat masyarakat secara sukarela.

“Yayasan ini akan diterajui oleh ahli alumni sendiri dengan menganjurkan program-program berasaskan perpaduan, kenegaraan dan kesukarelawan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]BFALvSUaNY0[/wpdevart_youtube]

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd