• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Keluarkan 73 Saman Dalam Operasi Bersepadu Di Melaka

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mengeluarkan 73 saman kepada pengguna jalan raya di atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Kandang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Noh Che Pa berkata operasi selama kira-kira tiga jam setengah bermula 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari itu diadakan bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas.

Beliau berkata antara saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tiada lesen memandu serta memandu melebihi had laju.

“Sebanyak 49 saman dikeluarkan kepada pemandu atas kesalahan memandu melebihi had laju.

Manakala sebanyak enam saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan, lima saman kerana tiada lesen memandu serta beberapa kesalahan lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi itu turut membabitkan beberapa agensi penguatkuasaan lain iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam pada itu, Noh berkata sebanyak 22 saman dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan selain sembilan notis arah periksa.

Beliau berkata SPAD turut mengeluarkan dua saman membabitkan kesalahan gagal mengikut permit dan tiada lesen pengendali kepada pemilik kenderaan. – BERNAMA

Tags: polissaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd