• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehidupan Keluarga Termasuk Isteri Terjejas

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa seluruh kehidupan keluarga dan isterinya terjejas selepas dakwaan Mohd Rafizi Ramli berhubung maklumat perbankan miliknya di Public Bank.

Mohamad Salleh berkata walaupun Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak dinamakan sebagai plaintif dalam kes saman itu, namun ia mempunyai kaitan dengannya kerana bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah isteri dan anggota keluarganya.

“Isteri saya bukan plaintif tetapi apa pun yang berlaku kepadanya adalah relevan buat saya kerana beliau adalah isteri saya dan isteri saya adalah keluarga saya.

“Tuntutan saya ialah tentang saya sebagai plaintif dan semua orang di dalam keluarga saya yang terjejas dengan tindakan Mohd Rafizi menggunakan bank itu sebagai medium dan senjata untuk menyerang saya dan keluarga saya,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Yoong Sin Min, yang mewakili Public Bank.

Mohamad Salleh berkata Shahrizat juga telah kehilangan jawatannya sebagai menteri disebabkan ‘pendedahan’ Mohd Rafizi yang ketika itu Setiausaha Agung PKR.

Mohamad Salleh berkata pendedahan itu dibuat Mohd Rafizi dalam satu sidang akhbar pada 7 Mac 2012.

Menurutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap NFCorp pada November 2011 dan beberapa pegawai SPRM datang ke pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen.

“Selepas itu, SPRM mengesahkan syarikat saya tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya pada perbicaraan kes samannya terhadap Public Bank.

Pada 22 Mei 2012, Mohamad Salleh, NFCorp, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap bank itu, yang didakwa melanggar kontrak apabila gagal melindungi maklumat sulit pelanggan.

Beliau menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank itu didakwa telah
melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Sehubungan itu, Mohamad Salleh menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk John Louis O’hara bersambung esok.

Di awal prosiding, mahkamah membenarkan permohonan Mohamad Salleh untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan beberapa perenggan baharu.

Mahkamah kemudian memerintahkan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM7,500 kepada Public Bank. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wfJzVGmi7_k[/wpdevart_youtube]

Tags: NFC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Janji ‘Pulangkan’ Wang Menang Saman NFC Kepada Umum

21/04/2022
0

Bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berikrar untuk 'mengembalikan' wang wang yang diperolehinya susulan menang kes saman National Feedlot Corporation...

Rafizi Kekal Bebas Tuduhan Dedah Maklumat Sulit NFC

13/12/2019
0

PUTRAJAYA - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli kekal bebas daripada pertuduhan mendedahkan butiran sulit perbankan berkaitan dengan Perbadanan Fidlot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd