Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Penonton Lelaki, Wanita Tidak...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan edisi kedua kepada semua...

ATM Rai Kanak-Kanak, Kurang...

PADANG BESAR - Seramai 21 kanak-kanak penghidap kanser diraikan sempena program Jelajah Semarak...

FAMA Giat Laksana Program...

KUALA LUMPUR - Program Stok Bekalan Makanan yang dijalankan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian...

Tiada Paksaan Guru Terjejas...

SHAH ALAM - Tiada unsur paksaan kepada mana-mana guru terjejas banjir untuk bertugas...

Kehidupan Keluarga Termasuk Isteri Terjejas

KUALA LUMPUR – Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa seluruh kehidupan keluarga dan isterinya terjejas selepas dakwaan Mohd Rafizi Ramli berhubung maklumat perbankan miliknya di Public Bank.

Mohamad Salleh berkata walaupun Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak dinamakan sebagai plaintif dalam kes saman itu, namun ia mempunyai kaitan dengannya kerana bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah isteri dan anggota keluarganya.

“Isteri saya bukan plaintif tetapi apa pun yang berlaku kepadanya adalah relevan buat saya kerana beliau adalah isteri saya dan isteri saya adalah keluarga saya.

“Tuntutan saya ialah tentang saya sebagai plaintif dan semua orang di dalam keluarga saya yang terjejas dengan tindakan Mohd Rafizi menggunakan bank itu sebagai medium dan senjata untuk menyerang saya dan keluarga saya,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Yoong Sin Min, yang mewakili Public Bank.

Mohamad Salleh berkata Shahrizat juga telah kehilangan jawatannya sebagai menteri disebabkan ‘pendedahan’ Mohd Rafizi yang ketika itu Setiausaha Agung PKR.

Mohamad Salleh berkata pendedahan itu dibuat Mohd Rafizi dalam satu sidang akhbar pada 7 Mac 2012.

Menurutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap NFCorp pada November 2011 dan beberapa pegawai SPRM datang ke pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen.

“Selepas itu, SPRM mengesahkan syarikat saya tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya pada perbicaraan kes samannya terhadap Public Bank.


Pada 22 Mei 2012, Mohamad Salleh, NFCorp, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap bank itu, yang didakwa melanggar kontrak apabila gagal melindungi maklumat sulit pelanggan.

Beliau menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank itu didakwa telah
melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Sehubungan itu, Mohamad Salleh menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk John Louis O’hara bersambung esok.

Di awal prosiding, mahkamah membenarkan permohonan Mohamad Salleh untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan beberapa perenggan baharu.

Mahkamah kemudian memerintahkan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM7,500 kepada Public Bank. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wfJzVGmi7_k[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • NFC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori