UALA LUMPUR – Kesan akibat penurunan harga minyak global cuma faktor kedua yang menyumbang kepada kemelut ekonomi negara, dakwa Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.
Beliau mendakwa, faktor utama yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi adalah disebabkan oleh penyelewengan, pembaziran, rasuah dan ketirisan oleh UMNO.
“Faktor kedua adalah akibat daripada turunnya harga minyak di pasaran antarabangsa yang turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.
“Bagaimanapun, tumpuan utama kita adalah ketirisan, pemborosan yang dilakukan oleh pemerintah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mendakwa Biro Kebajikan PAN akan membongkar segala penyelewengan oleh kerajaan yang menyebabkan kepada kemelut ekonomi.
Justeru, beliau menjemput seluruh badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menjatuhkan UMNO dan kerajaan.
“Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan penduduk pedalaman hendaklah terus dibantu sekadar yang termampu, kerana kita badan politik yang tidak memerintah,” dakwanya. – Mynewshub.cc

