• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Bilik Darjah SMK Meru Musnah Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Empat bilik darjah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Jalan Bukit Kapar, Klang dekat sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Pengarah Bomba Selangor Zamri Che Din berkata kebakaran kira-kira pukul 5.30 pagi itu membabitkan kelas yang terletak di tingkat dua sekolah berkenaan.

Beliau berkata empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dihantar ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat berhubung kejadian pada pukul 5.37 pagi.

“Pemeriksaan mendapati empat kelas di tingkat atas bangunan dua tingkat ini terbakar dan api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor ketika dihubungi berkata sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa berikutan kebakaran itu hanya membabitkan bilik darjah yang menempatkan bilik disiplin serta makmal.

“Kejadian itu juga tidak membabitkan pelajar dan kakitangan sekolah disebabkan kebakaran tersebut berlaku awal pagi iaitu sebelum sesi pembelajaran bermula,” kata Zainuren. – BERNAMA

Tags: kebakaranSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd