• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duda Cedera Parah Ditikam Rakan Wanita

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang duda berusia 39 tahun cedera parah akibat ditikam rakan wanitanya selepas berselisih faham, di rumah lelaki terbabit di Bandar Seri Astana, di sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Pulau Pinang, mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, bahu kanan, perut dan lengan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 19 tahun, berselisih faham dengan mangsa selepas terlihat gambar bekas isteri mangsa pada telefon bimbit mangsa serta beberapa mesej daripada bekas isteri mangsa.

“Suspek mempertikaikan perkara itu dan mendakwa ditipu mangsa. Suspek menikam mangsa menggunakan pisau kerambit,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Md Zukir berkata, mangsa yang sudah tujuh tahun menduda, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

“Siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek sejak Februari tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei.

“Dua minggu lalu, suspek menghubungi mangsa menyatakan mahu bersama dengannya semula, selain mendakwa tidak tahan tinggal di rumah kerana sering bergaduh dengan keluarga, lalu mangsa membawa suspek tinggal bersamanya,” katanya.

Md Zukir berkata, suspek yang juga merupakan seorang janda, kini direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 17 Januari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tikamWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd