• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Diminta Henti Sebar Kempen #SelamatkanZulkifli

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta orang ramai menghentikan penyebaran kempen #SelamatkanZulkifli yang menjadi viral di laman sosial ketika ini.

Presiden PBPM, Dr Hassan Yusoff berkata kempen itu kononnya dilakukan untuk memberi sokongan terhadap Zulkifli Ismail, 50, yang didakwa atas tuduhan membunuh perompak yang cuba memasuki rumahnya.

“Kita tidak mahu viral ini terus tersebar kerana ia akan menyukarkan siasatan polis selain boleh mengganggu psikologi keluarga pihak terlibat.

“Orang ramai sepatutnya memberi peluang kepada polis menjalankan siasatan dan seterusnya kepada mahkamah untuk memutuskannya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 Dis lepas, Zulkifli dilaporkan menikam dua perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Labohan Kertih, Terengganu dan seorang daripadanya meninggal dunia.

Dia kemudian ditahan reman dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana melakukan kecederaan, di Mahkamah Majistet di Terengganu, bulan lepas.

Dr Hassan berkata sebagai bekas pegawai polis beliau berpendapat tindakan menahan Zulkifli tidak menyalahi undang-undang kerana polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes itu.

“Saya sokong tindakan polis kerana mereka tahu apa yang berlaku di tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KPK8ejva2HA[/wpdevart_youtube]

Tags: viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd