• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKOA Terus Pujuk Masyarakat Orang Asli Hantar Anak Ke SK Tohoi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Usaha memujuk murid Orang Asli untuk kembali ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi akan tetap diteruskan walaupun tiada maklum balas positif diterima setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu Nik Man Nik Ya.

Nik Man berkata pelbagai pendekatan telah digunakan pihaknya, termasuklah menemui dan memujuk pemimpin, ibu bapa dan murid Orang Asli di beberapa kampung yang terlibat.

“Setakat ini, sudah empat kali lawatan dilakukan ke lima buah kampung terlibat iaitu Penad, Sedal, Gawin, Dangdut dan Simpor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

“Bagaimanapun, usaha yang dijalankan masih belum membuahkan hasil apabila kebanyakan ibu bapa yang ditemui membayangkan bahawa mereka tidak akan menghantar anak mereka ke SK Tohoi lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media mengenai hanya 101 murid hadir ke sekolah tersebut berbanding jumlah sebenar 223 murid.

Nik Man berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menyebabkan kanak-kanak Orang Asli terbabit ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Pada hari ini sahaja, beliau berkata pihaknya telah menyediakan enam pacuan empat roda ke beberapa kampung termasuk Kampung Gawin dan Kampung Penad sebagai kemudahan untuk murid Orang Asli ke SK Tohoi.

“Namun ibu bapa masih tidak bersetuju menghantar anak-anak mereka ke SK Tohoi dan hanya murid yang bersekolah di SK Kuala Betis sahaja dibenarkan menaiki kenderaan yang disediakan,” katanya.

Katanya, satu perbincangan akan diadakan minggu depan melalui kerjasama PPD dan JPN Kelantan bagi meneliti langkah strategik mengatasi perkara itu termasuk pertimbangan menukar murid ke sekolah lain.

Beliau berkata pihaknya juga faham dengan trauma yang masih dirasai penduduk Orang Asli di Pos Tohoi berikutan tragedi kehilangan tujuh murid di sekolah terbabit pada Ogos tahun lepas.

Selepas hampir 50 hari kehilangan mereka, hanya dua murid sekolah ditemui hidup manakala empat lagi ditemui mati dan seorang lagi masih hilang. – BERNAMA

Tags: JAKOAOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd