• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Bertanggungjawab Bantu Kurangkan Kenaikan Kos Sara Hidup

oleh Ahmad Albab
04/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kerajaan yang bertanggungjawab akan sedaya upaya membantu mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup rakyat dengan antara isu pertama yang ditangani ialah kos utiliti bulanan, terutama dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Media di sini melaporkan lebih 800,000 isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima ansuran seterusnya rebat utiliti untuk bulan ini.

Isi rumah warga Singapura yang layak akan menerima Baucar GST ‘Utilities-Save’ (U-Save) antara S$45 dan S$65, bergantung kepada saiz pangsapuri (S$1=RM3.05).

Rebat itu diperkenalkan oleh kerajaan Singapura dalam Bajet 2012 bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mengimbangi bil utiliti mereka, dan dibayar setiap Januari, April, Julai dan Oktober.

Kerajaan Malaysia juga membantu rakyatnya dengan cara tersendiri menerusi pemberian subsidi RM20 untuk bil elektrik bulanan kepada semua pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang layak.

Rebat itu yang ditawarkan sejak 1 Okt 2008 kepada sehingga sejuta pelanggan kediaman gergasi utiliti berkenaan, dipapar dalam bil elektrik bulanan sebagai ‘Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia’.

Selain subsidi RM20 itu, kerajaan turut menawarkan diskaun antara tiga dan 10 peratus kepada pengguna industri yang mempunyai kos elektrik keseluruhan sekurang-kurangnya lima peratus daripada kos operasi tahunan keseluruhan.

Sehingga kini TNB mempunyai 8.5 juta pelanggan di Malaysia. – BERNAMA

Tags: KerajaanKos Sara Hidup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd