• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015 Ambil Kira Masalah Rakyat – Jailani

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bajet 2015 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu jelas memperlihatkan bajet mesra rakyat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata bajet itu yang merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan, pekerjaan dan meningkatkan ekonomi dapat memenuhi hasrat rakyat demi kesejahteraan negara.

“Yang paling menarik pada pengumuman bajet itu ialah untuk kaum belia memiliki rumah sendiri, jadi kita lihat ini satu bajet yang telah mengambil kira masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota 20 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di sini semalam.

Jailani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata peruntukan RM100 juta untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pula akan dapat mengembangkan lagi industri digital.

Selain itu, katanya SKMM juga akan meneruskan program-program jalur lebar dengan memberi fokus kepada kawasan yang berimpak seperti di bandar dan kawasan industri.

“Namun pada masa yang sama kita juga meneruskan pelbagai program lain di kawasan luar bandar seperti pembinaan menara-menara bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar,” kata Jailani.

Di KEMAMAN, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata menerusi bajet itu kerajaan mengambil kira keperluan semasa dan masa akan datang sektor pendidikan selaras dengan matlamat negara menuju negara maju.

“Sebagai Exco pendidikan, saya kira peruntukan RM50 juta untuk sekolah agama dan RM25 juta untuk sekolah pondok yang berdaftar memang sangat relevan kerana kita mempunyai banyak Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang dimiliki kerajaan negeri.

“Ia dapat membantu untuk meningkatkan taraf sekolah agama setaraf dengan sekolah bantuan kerajaan yang lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Terengganu Advanced Technical Institute University College(TATIUC) hari ini. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015rakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd