• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musim Tengkujuh: LKIM Kelantan Akan Bekal ‘Ikan Rakyat’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membekalkan ‘ikan rakyat’ bagi menampung kekurangan bekalan bahan mentah itu di Kelantan berikutan musim tengkujuh sekarang.

Pengarahnya Abdullah Ismail berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi membekalkan ikan sejuk beku seperti kembung, selayang, sardin dan tamban, dalam tempoh terdekat.

“Pada masa sekarang kita sedang buat pemantauan mengenai penggunaan ikan di negeri ini sebelum membuat tempahan dengan NEKMAT,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas rungutan pengguna mengenai kenaikan harga ikan secara mendadak di pasaran selepas nelayan tidak dapat ke laut sejak dua bulan lepas akibat laut bergelora.

Abdullah berkata NEKMAT mempunyai simpanan ikan yang mencukupi bagi menampung kekurangan di seluruh negara terutama pada musim tengkujuh yang berlaku setiap tahun.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan ikan dan harga yang ditawarkan di pasaran kerana NEKMAT mempunyai tujuh jenis ikan yang diperoleh ketika waktu kemuncak tangkapan sebelum disejuk beku.

Katanya walaupun disejuk beku, ikan berkenaan dijamin masih berkualiti dan akan dijual dengan harga tidak melebihi RM10 satu kilogram.

“Ikan-ikan berkenaan akan diedarkan menerusi pasar tani dan persatuan nelayan dalam tempoh terdekat.

“Selama ini pun kita sudah edarkan kepada pengguna di negeri ini tetapi kurang mendapat sambutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: LKIMrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd