• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Bantu Akak Ni Dengan Beri Baju Sekolah Terpakai

oleh AK-47
30/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU hadapan sekolah akan dibuka dan buat golongan ibu bapa, minggu inilah saat-saat terakhir yang digunakan untuk mempersiapkan kelengkapan anak-anak agar semuanya lengkap sebelum sesi persekolahan bermula.

Bagi golongan ibu-bapa yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan pula, ia pastinya memberikan cabaran jika tiada melakukan perancangan pengurusan kewangan daripada awal.

Seperti sedia maklum, keadaan ekonomi negara yang agak ‘turun naik’ berbanding tahun lalu,
menyebabkan sesetengah golongan ibu bapa menggunakan kembali baju sekolah yang sedia ada demi mengurangkan kos perbelanjaan.

Faham-fahamlah, pengurusan seseorang murid sekolah itu bukan hanya baju sekolah sahaja tetapi kasut, alat tulis, buku sekolah, lencana, yuran dan bermacam-macam lagi.

Mungkin bagi golongan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja tidak menghadapi kesukaran, namun bagaimana pula sekiranya hanya ibu sahaja yang menguruskan kesemua anak-anaknya seorang diri?

baju utk kak idah (1)

Seorang pengguna akaun Facebook bernama Nor Idah telah memuat naik sebuah status yang bagi kami agak sayu apabila dibaca.

Menerusi status yang dimuat naiknya, dia meminta pertolongan agar baju sekolah yang telah terpakai jika tidak menginginkannya, boleh lah memberikan kepadanya agar anak-anaknya dapat menggunakan baju tersebut.

Dia yang mencari rezeki dengan menjual kuih muih tidak mampu untuk  mencari pendapatan pada bulan ini akibat dirinya yang mempunyai penyakit dan masih belum pulih sepenuhnya.

Kepada anda yang bermurah hati untuk memberikan baju sekolah yang terpakai atau menghulurkan sumbangan, boleh menghubunginya di talian 014 8321480 atau terus melawati Facebooknya.

Bersama-samalah kita memberi bantuan kepada saudari Nor Idah agar anak-anaknya mampu untuk tersenyum di pagi persekolahan 2016 kelak.-MYNEWSHUB.CC

Tags: bantuanfacebookkemiskinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd