• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tiada Istilah Putus Asa’ Jadi Pegangan Pendakwah Orang Asli

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Tiada istilah putus asa’ menjadi pegangan Wan Masindra Juja yang dipilih sebagai penerima Anugerah Pendakwah bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Perak hari ini.

Wan Masindra, 34, berketurunan suku Temiang dari Kampung Kenang Baru, Sungai Siput yang memeluk Islam lebih 20 tahun lepas telah memulakan kegiatan berdakwah sejak 10 tahun lepas.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pendakwah di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar berkata tiada istilah putus asa dalam perjuangannya untuk membantu masyarakat Orang Asli mendalami agama Islam.

“Tidak dinafikan, saya menghadapi pelbagai dugaan dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Orang Asli kerana tidak semua dapat menerima apa yang saya lakukan.

“Selain itu, sumber kewangan yang terhad menyebabkan pergerakan berdakwah juga agak terbatas. Namun, itu tidak menjadi penghalang buat saya yang ingin membantu mereka mendalami ilmu Islam,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu pada majlis sambutan Maulidur Rasul yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini hari ini.

Wan Masindra menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan.

Beliau berkata Pejabat Agama Islam Negeri Perak banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepadanya dalam menjalankan kegiatan berdakwah.

“Saya mengadakan kelas pengajian agama Islam untuk mereka setiap minggu selain menghadiri jemputan untuk berceramah di kawasan penempatan Orang Asli,” katanya.

Lima lagi penerima anugerah ialah Arip Sa’aya bagi Anugerah Keluarga Mithali, Sarkowi Salleh (Anugerah Imam); Ramli Yeop Men (Anugerah Bilal); Ramli Sharif (Anugerah Siak) dan Ayob Endut (Anugerah Pegawai Penguat Kuasa Agama). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]luRCHEetZ0g[/wpdevart_youtube]

Tags: Orang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd