• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikam, Bakar Menantu Kakak, Warga Emas Dipenjara 18 Tahun

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Akibat perbuatan kejam cuba membunuh menantu kakaknya dengan cara menikam dan membakar mangsa, seorang wanita warga emas berusia 63 tahun bakal meringkuk dalam penjara selama 18 tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tersebut.

Hakim Musyiri Peet turut memerintahkan kakak mangsa Lee Wai Mei, 66, yang turut melakukan perbuatan sama terhadap menantunya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak selama tempoh diperkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Lee Wai Chee, Hakim Musyiri berkata hukuman yang dijatuhkan perlu mencerminkan kesalahan dilakukannya.

“Saya dapati perbuatan yang dilakukan ini amat kejam dan perlu diberi hukuman berat berdasarkan kesalahan berat yang telah dilakukan,” katanya.

Wai Chee yang hadir pada prosiding hari ini dengan bertongkat dan kakaknya Wai Mei, 66, didakwa secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 45, di Blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam dekat sini pada 8 Mei 2012 mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Kedua-dua beradik itu juga didakwa terhadap dua lagi pertuduhan iaitu melakukan khianat ke atas mangsa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun.

Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa mencederakan mangsa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun dalam kesemua pertuduhan itu mahkamah membebaskan ibu mertua mangsa, Wai Mei atas alasan tidak waras dan memerintahkan wanita itu dihantar ke Hospital Bahagia mengikut Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah.

Wai Chee turut dikenakan hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan kedua dan ketiga, bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman tersebut berjalan secara serentak selama 18 tahun berkuatkuasa hari ini.

Terdahulu peguam Y. Anbananthan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap Wai Chee atas alasan anak guamnya sudah berusia dan mempunyai masalah kesihatan. Bagaimanapun permohonan itu ditolak mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Kamaliza Md Zin.

Anbananthan berkata pihaknya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]twjLryb80qk[/wpdevart_youtube]

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd