• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Haji 1MDB Taja Bilal, Umrah Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Mulai tahun depan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menaja bilal masjid untuk mengerjakan haji dan umrah untuk bekas imam dan bekas pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pengerusi program khas berkenaan, Datuk Jailani Ngah berkata program itu diperluaskan kepada para bilal kerana sejak diperkenalkan pada 2011 sehingga kini hampir tidak ada lagi imam untuk dihantar menunaikan haji.

“Jemaah umrah dalam kalangan bekas imam dan bekas pengerusi JKKK dijangka berlepas ke tanah suci pada Mac depan. Mereka merupakan golongan yang tidak sempat menunaikan ibadah haji semasa berkhidmat.

“Oleh itu jawatankuasa program ini memutuskan untuk menghantar bekas imam dan bekas pengerusi JKKK mengerjakan umrah bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci,” katanya.

Jailani berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menyambut ketibaan 255 kumpulan pertama jemaah haji tajaan 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini. Jemaah berkenaan tiba di KLIA pada 4.05 pagi ini.

Jumlah keseluruhan jemaah haji yang ditaja program berkenaan bagi musim haji kali ini ialah 1,000 orang. Daripada jumlah itu lima merupakan Tok Batin masyarakat Orang Asli.

“Pada 2011 program ini bermula dengan menaja 111 imam dan pengerusi JKKK, diikuti 400 pada 2012, 800 (2013) dan 1,000 (2014). Jumlah jemaah haji yang ditaja akan ditambah pada tahun depan mungkin kepada 1,100 atau 1,200. Syarat penting untuk terpilih ialah tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah suci,” kata Jailani.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Meranti, Pekan, Pahang Abdul Rani Abdullah, 54, yang berpeluang menunaikan ibadah haji bersama anak sulungnya Awing Abdul Rani, 35, yang merupakan setiausaha JKKK kampungnya melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas tajaan berkenaan.

“Saya akan gunakan pengalaman menunaikan haji dalam ceramah saya selepas ini untuk berdakwah kepada penduduk kampung. Daripada 300 jumlah keseluruhan penduduk kampung saya, separuh daripada mereka beragama Islam,” jelasnya sambil menambah giliran beliau menunaikan haji berdasarkan pendaftaran di Tabung Haji adalah pada tahun 2069.

Pengerusi JKKK Kampung Binjai, Limbang, Sarawak, Bini Tamdin, 51, berkata, beliau sangat bersyukur dan sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri apabila terpilih untuk mengerjakan haji pada musim ini.

“Ketika berada di tanah suci saya tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan, kemakmuran, keselamatan dan keamanan negara selain mendoakan Perdana Menteri dapat terus membawa kejayaan kepada Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd