• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dan Tiga Rakan Didakwa Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar kanabis seberat tiga kilogram.

Shazlina Azlin Mat Daud, 36, dituduh melakukan kesalahan itu di Nombor 1, Tingkat 18, Blok N, Seri Maya Condo, Jalan Jelatek 2, Ampang, pada 9.30 malam, 7 Dis lepas.

Shazlina Azlin yang diwakili peguam Haijan Omar didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Izwan Mohd Nor.

Di mahkamah lain, Shazlina Azlin didakwa bersama tiga rakannya, Azhariza Zakaria, 39, Zaki Mohd Ali, 34, dan Norihan Ali, 36, terhadap pertuduhan mengedar kanabis seberat 2.6 kilogram.

Mereka yang bekerja sendiri dituduh melakukan kesalahan tersebut pada tempat, masa serta tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli.

Zaki dan Norihan diwakili peguam Khairul Amin Abdullah manakala Azhariza tidak diwakili peguam.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suraiya Mustafa Kamal pula, Shazlina Azlin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki kanabis seberat 140 gram dan 105 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesemua kes itu, Mahkamah Majistret dan Sesyen menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan Nurakmal Farhan Aziz. – BERNAMA

Tags: Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd