Baru-baru ini tindakan seorang wanita memuat naik gambarnya sedang menggunakan lampin pakai buang yang menggantikan pinggan untuk menikmati hidangan, menerima kritikan hebat netizen.
Ini kerana perbuatan yang kononnya untuk membawa kelainan itu dianggap tidak kena pada tempatnya dan sangat menjijikkan.
Sehubungan itu pemilik akaun Instagram @vivyyusof yang memuatnaik gambar tersebut tampil bagi menjelaskan perkara sebenar sekaligus mempertahankan tindakan menggantikan pinggan dengan lampin pakai buang di sebuah majlis baby shower.
@vivyyusof menjelaskan, perbuatan makan dalam lampin pakai buang itu dilakukan di sebuah majlis tertutup namun apabila gambar yang dikongsikannya itu dikecam banyak pihak, dia masih mampu untuk menerimanya kerana sudah biasa jadi perhatian.
Bagaimanapun, adalah sangat tidak patut apabila penganjur majlis yang sedang menanti hari untuk melahirkan anak turut dicerca dengan bahasa kesat yang tidak sepatutnya.
Betul juga, sesetengah netizen mungkin terlalu mengikut hati hinggakan bertindak bagai Tuhan yang menjatuhkan hukuman.
Apa-apa pun bagi kami, sama ada patut atau tidak lampin pakai buang dijadikan alas makanan atau tidak ianya bergantung juga pada gaya hidup seseorang.
Justeru ada yang berasakan ianya hanya untuk suka-suka sahaja dan tak perlu diperbesarkan dan ada juga yang tidak boleh kompromi kerana berasakan perbuatan itu menjijikkan dan seperti menghina makanan. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pdD2dYUZKkE]
