• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawal Anjing Untuk Hindari Rabies – Exco Perlis

oleh Ahmad Albab
14/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pemilik anjing di Perlis dinasihat mengawal dan memantau haiwan peliharaan mereka agar terhindar daripada penyakit anjing gila atau rabies.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Ahmad Bakri Ali berkata walaupun penyakit anjing gila di negeri itu terkawal, namun pemilik anjing masih perlu berwaspada.

“Perintah Kawalan Penyakit Anjing Gila di bawah Akta Binatang 1953 masih dikuat kuasa sebagai langkah berjaga-jaga sejak wabak Rabies di Perlis diwartakan pada 19 Ogos lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Bakri berkata pemilik anjing antaranya perlu memastikan anjing mereka dikurung dalam premis masing-masing dan tidak dipindahkan ke tempat lain tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Selain itu, pemilik haiwan juga perlu melaporkan segera jika anjing mereka mati dan membuat suntikan pencegahan anti-Rabies setiap tahun, katanya.

Katanya, Jabatan Veterinar negeri melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan kawalan bagi membendung wabak rabies daripada merebak termasuk meningkatkan imuniti anjing peliharaan melalui vaksinasi dan mengawal populasi anjing liar.

Ahmad Bakri berkata dari 27 Julai hingga 19 Nov lepas terdapat 56 kes gigitan anjing dilaporkan di seluruh Perlis dan dari jumlah itu hanya 16 kes disahkan positif penyakit anjing gila. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]6Ljm1jZT2c4[/wpdevart_youtube]

Tags: anjing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd