• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Elektrik Turun, Tambang Pengangkutan Awam Dikaji

oleh
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tarif elektrik untuk pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal dikurangkan antara 3.3 peratus hingga 5.9 peratus mulai Januari tahun depan.

Berita gembira penurunan kadar tarif elektrik itu dijangka membabitkan pengguna industri dan isi rumah dalam usaha kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

Tarif baharu elektrik tersebut dijangka berkuat kuasa selama enam bulan memandangkan pihak kerajaan turut perlu mengkaji semula kadar bil utiliti tersebut pada setiap setengah tahun

Portal berita tempatan AgendaDaily yang memetik satu sumber memberitahu, pengurangan tarif mungkin boleh dilakukan melalui konsep rebat Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

Selain itu, kejatuhan harga minyak dunia turut telah memberi kesan kepada harga semasa gas asli yang sering digunakan sebagai bahan untuk stesen penjanaan tenaga elektrik tempatan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dijangka mengadakan sidang akhbar pengumuman mengenai tarif elektrik baharu di kementeriannya di Putrajaya.

Sementara itu, mesyuarat Menteri pada Jumaat lalu juga bersetuju supaya kenaikan harga tiket untuk Komuter, transit aliran ringan (LRT), Monorel dan Express Rail Link (ERL) dinilai semula.

Difahamkan sebahagian besar daripada anggota Kabinet telah menyuarakan bantahan mereka mengenai kenaikan tinggi harga tiket pengangkutan awam rel tersebut baru-baru ini.

“Jemaah menteri kemudian mengarahkan pihak terlibat agar mengkaji semula kenaikan harga tersebut dan menyerahkan laporan dalam mesyuarat yang seterusnya pula.

“Keputusan selanjutnya akan dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang,” kata sumber itu dipetik oleh AgendaDaily. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: elektrikkomuterLRTtarif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Mahkamah AS Putuskan Sebahagian Besar Tarif Global Trump Tidak Sah

Mahkamah AS Putuskan Sebahagian Besar Tarif Global Trump Tidak Sah

30/08/2025
0

WASHINGTON - Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan bahawa sebahagian besar tarif global yang dikenakan oleh Presiden Donald...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd