• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi WhatsApp Selamat Tiga Mangsa Sesat

oleh Ahmad Albab
05/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pegawai bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati di sini petang tadi.

Pemangku Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Azmi Abdul Latiff berkata kesemua mangsa berusia 22 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berjaya menemui jalan keluar di Kemensah, Hulu Klang kira-kira pukul 3.20 petang tadi setelah berhubung melalui aplikasi WhatsApp selepas sesat di lokasi berkenaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa lelaki kira-kira pukul 1.55 petang dan tiba ke lokasi mereka mula mendaki di Kemensah pada pukul 2.40 petang.

“Selepas berjaya mendaki Bukit Tabur, mereka dilaporkan tersasar jauh sejauh lima kilometer ketika hendak turun dari bukit berkenaan dan menuju semula ke tempat mereka mendaki iaitu di Kemensah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Azmi berkata memandangkan tiada kecederaan berlaku kepada mereka, pihaknya hanya memberi arahan serta petunjuk untuk mereka keluar dari kawasan dilaporkan sesat berdasarkan lokasi yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp.

Tambahnya, mangsa mula mendaki di Kemensah pada pukul 8 pagi dan ini merupakan pengalaman kali pertama mangsa ke Bukit Tabur.

“Mereka hanya mengikut sekumpulan pendaki menuju ke puncak bukit tetapi mereka bertiga turun sendiri dari puncak untuk pulang dan ini menyebabkan mereka sesat,” katanya sambil menambah hujan lebat serta aliran trafik yang sesak menyebabkan bomba lambat tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata kesemua mangsa kelihatan letih selepas berjaya keluar daripada lokasi mereka dilaporkan sesat.

Katanya seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan tiga anggota polis menyertai operasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Sesatwhatsapp
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd