• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi SPAD Perlu Letak Jawatan – PAS

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS mahu Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar meletakkan jawatan serta merta.

Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khiruddin berkata, Syed Hamid perlu meletakkan jawatan itu kerana gagal membendung kenaikan tambang pengangkutan awam.

“Kenaikan tambang Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) dari RM35 kepada RM55 berkuatkuasa 1 Januari 2016 melengkapkan senarai kegagalan SPAD dalam membendung kenaikkan harga tambang pengangkutan awam.

“Pengangkutan awam kini menjadi pilihan yang agak mahal dan membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairil Nizam berkata, SPAD gagal memainkan peranannya membantu rakyat dan sebaliknya hanya wujud untuk meluluskan permit dan mengumumkan kenaikan-kenaikan tambang sahaja.

Katanya, SPAD tersasar dari visi dan misinya untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat bagi menjadi mod pilihan rakyat yang mampu dibayar.

Semalam, SPAD meluluskan tambang baharu ERL bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke klia2 kepada RM55, berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi bagaimanapun menjelaskan, tambang sehala ERL terpaksa dinaikkan kerana tambang tersebut tidak pernah disemak sejak penubuhannya pada 2002.

Menurut Aziz, pihak ERL telah menanggung kos operasi yang tinggi dalam tempoh 14 tahun lalu. – mynewshub.cc

Tags: PASSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd