• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musim Ini Amat Cemerlang Buat JDT – TMJ

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Musim ini merupakan musim yang amat cemerlang buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT),” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, walaupun JDT gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2015, baginda bersyukur dengan pelbagai kejayaan diperoleh pasukan itu musim ini.

“Bagi pihak PBNJ, pihak pengurusan, pasukan dan para pemain; musim ini merupakan musim yang amat cemerlang sekali bagi kita.

“Sungguhpun musim ini berakhir tidak seperti yang diharapkan, kita telah menjulang tiga piala dan kita harus bersyukur dengan apa yang telah dicapai,” titah baginda dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Liga Malaysia musim ini menyaksikan pasukan JDT menjuarai Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super selain mencatat sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala AFC.

Sehubungan itu, Tunku Ismail mengucapkan tahniah kepada pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir termasuk Felda United dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan-pasukan terbabit.

Perlawanan JDT dan Felda United di Stadium Larkin malam tadi menyaksikan kemenangan berpihak kepada Felda United dengan jaringan gol 2-1.

Majoriti penyokong Harimau Selatan bagaimanapun tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan perlawanan itu kerana mendakwa ia punca kekalahan JDT malam tadi. – mynewshub.cc

Tags: JDTTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd