• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 392 Orang

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mangsa banjir di beberapa daerah di Perak meningkat kepada 392 orang daripada 114 keluarga pagi ini berbanding 375 orang semalam, dengan satu pusat pemindahan dibuka di Parit Buntar, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir terbaharu ialah sebanyak 27 orang daripada 10 keluarga terdiri daripada penduduk Ladang Eow Seng dan Kampung Tersusun Tali Air Lima, ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima.

Yahya berkata mangsa membabitkan kawasan Bagan Serai iaitu Lebai Kadir, Mat Keling, Air Hitam Dua, Simpang Empat dan Simpang Lima menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 44 orang semalam yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.

“Sementara itu, sejumlah 139 orang daripada 42 keluarga di Batu 38 dan 40, Kampung Beriah, Parit Abu Hassan dan Kampung Ali Kalang di Bagan Serai juga masih berada di pusat pemindahan sama (Sekolah Kebangsaan Bukit Merah),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa banjir di Kampung Permatang Tengah, Parit Air Hitam Tengah kekal kepada 139 orang daripada 33 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

Katanya, mangsa banjir di Hilir Perak pula sebanyak 54 orang daripada 16 keluarga membabitkan Kampung Mesra Batu 7, Changkat Jong, Teluk Intan, Kampung Lorong Mesra, Batu 9 dan Kampung Lorong dan kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd