• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Kata-Kata Kenegaraan Pemimpin Silam Sebagai Rujukan

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kata-kata kenegaraan pemimpin silam serta prinsip bina negara yang diasaskan pemimpin terdahulu hendaklah senantiasa dijadikan rujukan, panduan dan pedoman, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah bangsa yang berjaya membina tamadun agung adalah bangsa yang memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh silam dan yang telah merintis perjuangan serta mengasaskan gagasan negara bangsa.

“Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan contoh teladan. Berpandukan kisah yang terkandung dalam peristiwa Israk dan Mikraj, baginda menunjukkan sifat menghormati rasul terdahulu; menghargai pandangan mereka ketika baginda menerima perintah menunaikan solat daripada Allah.

“Atas sifat menghargai pandangan para rasul terdahulu, baginda telah berulang-alik memohon ihsan Allah SWT untuk mengurangkan perintah solat daripada lima puluh waktu kepada lima waktu sehari semalam,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran kepada 702 penerima bersempena Hari Keputeraan ke-59 baginda di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, yang didahului Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Nazrin Shah bertitah sifat menghargai jasa tokoh-tokoh terdahulu hendaklah dijadikan budaya kepada warga bangsa.

“Dalam semangat mahu menghargai jasa bakti tokoh-tokoh terdahulu, Beta telah menetapkan, sempena istiadat sulung sambutan rasmi ulang tahun hari keputeraan ini, untuk mengurniakan anugerah secara anumerta kepada beberapa orang tokoh terdahulu dan kepada individu-individu yang telah mengorbankan nyawa mereka ketika melaksanakan tugas negara bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah Malaysia mempunyai sejarah kemerdekaan yang masih baharu dan terlalu singkat yang tidak sepatutnya begitu cepat dilupakan.

Titah baginda negara terhutang budi kepada peranan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan barisan yang seangkatan dengan Almarhum, antaranya Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan.

Sultan Nazrin Shah bertitah kerajaan hendaklah didukung oleh barisan pentadbir serta teknokrat yang turut berpegang kepada budaya kejujuran serta ketegasan untuk menyuarakan yang hak selaras dengan nasihat Tun Abdul Razak dalam ucapan yang bertemakan ‘Road to nationhood’ seperti berikut;

“Sebagai penjawat awam, saya berharap anda akan berpendirian teguh terhadap kami ahli politik, dan tidak membenarkan diri dikuasai oleh kami. Sebab dalam demokrasi sebenar, penjawat awam mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Masa depan cara hidup demokrasi negara kita bergantung kepada anda.”

Pada tahun ini, Sultan Perak berkenan memberi anugerah secara Anumerta kepada enam penerima. Anugerah itu diberi kepada seseorang yang telah meninggal dunia.

Mereka ialah Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak – SPMP); Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Panglima Taming Sari – SPTS) dan Kevin Anthony Morais (Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak – DPMP).

Onn adalah pengerusi pertama UMNO; Abdul Wahab merupakan pengasas Perikatan Melayu Perak serta bekas Menteri Besar Perak; Burhanuddin ialah pemimpin Kesatuan Melayu Muda; Aminuddin ialah pengasas Persatuan Pelajar Melayu Insaf di Ipoh; Khoo adalah bekas Ketua Polis Perak manakala Kevin Morais merupakan Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0sW2ue8EMOg[/wpdevart_youtube]

Tags: pemimpinSultan Nazrin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru pemimpin Melayu Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd