• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Man Akur Akan Terus Istiqamah Dengan PAS

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man berkata beliau akan terus istiqamah dengan perjuangan parti itu dan akur dengan sebarang keputusan yang akan dibuat pimpinan pusat.

Mohd. Salleh yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika ditemui media selepas majlis Sumbangan Saguhati Jawatankuasa Qaryah 2015 berkata, beliau akan bertemu dengan kepimpinan PAS negeri pada malam ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk berhubung kedudukannya.

ADUN Permatang Pasir itu juga berulang kali memberitahu pihak media bahawa dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan pada masa ini.

“Saya akur dengan apa yang akan diputuskan oleh parti selepas ini. Cukuplah, cukuplah.

“Mungkin selepas pertemuan dengan pimpinan negeri malam ini baru saya boleh memberi kenyataan. Apa apa saya perlu mendengar penjelasan pada malam ini terlebih dahulu,” katanya.

Ahad lalu, Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusof dilapor berkata akan memangggil Mohd. Salleh bagi menasihatinya mengikut etika dan adab di dalam parti susulan pengisytiharan parti itu sebagai pembangkang di negeri ini.

Muhamad Fauzi juga dilapor berkata sebagai seorang anggota PAS, Mohd. Salleh seharusnya istiqamah dalam perjuangan PAS dan mengingati lafaz bai’ah yang dibuat ketika mula-mula menjadi anggota parti itu.

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP menamatkan perkhidmatan 300 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas.

Terdahulu pada majlis itu seramai 795 menerima saguhati pengurusan qaryah meliputi 203 qaryah masjid di seluruh Pulau Pinang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2TMuIo_kfw8[/wpdevart_youtube]

Tags: Salleh Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedudukan Salleh Man Di Pulau Pinang Terus Dipersoal

22/11/2016
0

GEORGE TOWN - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil rakyat PAS, Datuk Mohd Salleh Man sebagai...

Salleh Man Perlu Jujur Nyata Pendirian Sokong DAP Atau PAS

20/11/2015
0

GEORGE TOWN - Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd