• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Salleh Man Di Pulau Pinang Terus Dipersoal

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil rakyat PAS, Datuk Mohd Salleh Man sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mempersoal sama ada Mohd Salleh masih bersama PAS atau tidak kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu didakwa menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau berkata tindakan itu jelas bertentangan dengan pendirian PAS pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan bekas rakan sekutunya iaitu DAP.

“Kita minta YB (Yang Berhormat) Permatang Pasir perjelas kedudukan beliau sama ada masih dengan PAS atau sudah pun masuk Parti Amanah Negara (PAN),” katanya ketika mencelah sesi perbahasan Bajet 2017 Pulau Pinang oleh Datuk Omar Abd Hamid (BN-Permatang Berangan) pada persidangan DUN di sini.

Terdahulu, Omar ingin tahu sama ada kerajaan DAP Pulau Pinang akan meneruskan konsep negeri berkebajikan seperti dilaungkan PAS.

Mohd Salleh yang kemudiannya bangun berkata konsep negeri berkebajikan itu adalah slogan PAS pusat dan bukan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung kedudukannya sebagai pembangkang dalam DUN. – BERNAMA

Tags: DAPPANPASPulau PinangSalleh Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd