• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Man Perlu Jujur Nyata Pendirian Sokong DAP Atau PAS

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir menyatakan pendirian berhubung kedudukannya sebagai wakil tunggal PAS di negeri ini.

Beliau berkata sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili PAS, Salleh Man seharusnya akur dengan keputusan PAS Pusat yang mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di negeri ini.

“Kalau dia ahli PAS kena ikut arahan PAS Pusat. Kalau tak nak ikut arahan PAS Pusat dia kena keluar parti secara bermaruah, secara terhormat kena keluar parti itu sebab dia tidak boleh ikut arahan pucuk pimpinan parti.

“Tapi dalam keadaan ini tak mahu keluar parti tapi menyokong yang belah sini (kerajaan negeri Pulau Pinang). Seseorang ahli PAS itu sepatutnya mereka setia dan sokong PAS serta perjuangan PAS dan tidak seharusnya mengambil pendirian untuk kepentingan diri,” katanya pada sidang media di bangunan DUN di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengisytiharkan PAS sebagai pembangkang di negeri ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatan 300 ahli JKKK dalam kalangan anggota PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas.

Jahara berkata jika Salleh Man berterusan mengatakan beliau masih ahli PAS dan tetap menyokong Ketua Menteri Lim Guan Eng, ia jelas bercanggah dan menjejaskan kredibiliti kepimpinan PAS.

Beliau turut menyifatkan tindakan Lim mengekalkan Salleh Man dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai cubaan untuk memecahbelahkan parti PAS.

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Salleh Man perlu bersikap jujur dalam menyatakan kesediaannya sama ada menyokong PAS pusat atau kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Ini penting sebab mempunyai kesan kepada kepimpinan PAS di peringkat bawahan. Saya rasa Salleh Man sebagai pemimpin PAS perlu menyatakan pendiriannya. Sebagai ADUN yang berpengalaman beliau harus buat keputusan secara terhormat,” katanya.

Sementara itu, Salleh Man ketika ditemui Bernama mengulangi bahawa beliau masih ahli PAS dan akan terus berkhidmat untuk kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Saya masih belum menerima hitam putih dari PAS pusat. Jadi, untuk sidang DUN hari ini saya akan duduk di bahagian kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8aNqqDepGSY[/wpdevart_youtube]

Tags: Salleh Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedudukan Salleh Man Di Pulau Pinang Terus Dipersoal

22/11/2016
0

GEORGE TOWN - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil rakyat PAS, Datuk Mohd Salleh Man sebagai...

Salleh Man Akur Akan Terus Istiqamah Dengan PAS

25/11/2015
0

BUTTERWORTH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man berkata beliau akan terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd