• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Mampu Selesai Hutang Tanpa Bantuan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yakin dapat menyelesaikan hutang dan isu aliran tunai syarikat berkenaan dengan lebih cepat tanpa melibatkan bantuan daripada kerajaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Isu 1MDB juga bukan punca kejatuhan Ringgit Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

“Sebaliknya beberapa faktor seperti faktor luaran seperti kejatuhan harga minyak mentah, faktor ekonomi global yang bergantung pada eksport yang menyebabkan tekanan pada ringgit,” katanya semasa menjawab soalan lisan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Johari berkata semua perancangan strategik di bawah pelan rasionalisasi 1MDB sedang dilaksanakan dengan cepat tanpa sebarang halangan ke arah mengurangkan faedah hutang yang ditanggung syarikat berkenaan.

“1MDB telah merancang dan sedang melaksanakan langkah rasionalisasi termasuk penjualan aset, perkongsian ekuiti dan lain-lain… kita yakin dapat menyelesaikan jumlah hutang yang ditanggung tanpa bantuan kewangan kerajaan,” katanya.

1MDB baru-baru ini menyatakan pelan rasionalisasi antara lain, melibatkan ‘hutang untuk tukaran aset’ dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di TRX dan pelupusan aset bukan teras. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EWtGEAaHHGc[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd