• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bakal Hilang Jawatan JKKK Di Selangor?

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS dijangka bakal kehilangan beberapa jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor apabila Parti Amanah Negara (PAN) mahu jawatan itu turut dibahagikan kepada mereka pada lantikan akan datang.

Ini susulan kenyataan Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim bahawa pihaknya sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Katanya lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada PAN sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.

“PAN mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor.

“Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada PAN hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan tamat kontrak perkhidmatan mereka pada penghujung tahun ini.

Ditanya sama ada jumlah yang diperuntukkan kepada PAN akan diambil daripada kuota PAS, Izham berkata perkara itu belum ditentukan.

Sekiranya berlaku, ia merupakan satu lagi tamparan buat PAS susulan pada minggu lalu, semua anggota JKKK daripada kalangan anggota PAS di Pulau Pinang telah dipecat oleh kerajaan negeri kerana tidak menyokong Pakatan Harapan.

Tindakan pemecatan itu menyebabkan PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Sementara itu mengulas mengenai jumlah anggota PAN di negeri ini, Izham berkata setakat hari ini sebanyak 4,000 orang telah berdaftar sebagai anggota parti itu dengan 20 peratus daripadanya terdiri daripada bukan Islam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0gqF5TkJ3vs[/wpdevart_youtube]

Tags: AmanahPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd