• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brazil Hasrat Wujud Hubungan Antara Parlimen Dengan M’sia

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Brazil berhasrat untuk mewujudkan hubungan dua hala yang kukuh melibatkan Parlimen kedua-dua negara, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata Brazil juga ingin mempelajari kejayaan Malaysia yang berupaya mengamalkan polisi kesederhanaan serta toleransi dalam menjaga keamanan negara.

Abu Zahar berkata perkara itu dibangkitkan sewaktu menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil ke Malaysia Carlos Martins Ceglia selama hampir dua jam di bangunan Parlimen di sini hari ini.

“Beliau menyatakan bahawa beliau kagum dengan pemerintahan kerajaan kita yang amat baik sekali, bukan senang nak satukan semua kaum dalam satu negara,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Katanya Brazil turut berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai rakan dagangan bagi menembusi pasaran ASEAN kelak.

“Beliau juga kagum terhadap Malaysia selaku tuan rumah kerana berjaya menguruskan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang berlangsung pada minggu lepas dengan begitu baik sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: Parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd