• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015 Diharap Pertingkat Khidmat Kesihatan Untuk Rakyat

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Kesihatan berharap perkhidmatan kesihatan di barisan hadapan dapat dipertingkat di bawah peruntukan Bajet 2015 bagi memberikan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk rakyat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata fasiliti kesihatan barisan hadapan seperti klinik kesihatan di seluruh negara perlu dinaik taraf supaya ia seiring dengan keperluan kesihatan rakyat yang meningkat setiap tahun.

“Kementerian juga berharap agar kerajaan dapat meningkatkan nisbah katil dengan menambah fasiliti kesihatan, pada masa ini kita punyai nisbah 1.8 katil untuk setiap 1,000 orang dan kita harap dapat tambah secara berperingkat sehingga ke nisbah 2.5 katil untuk 1,000 orang.

“Kita perlu buat berperingkat kerana hendak terus tambah sampai nisbah antarabangsa yang boleh dicontohi memerlukan peruntukan RM40 bilion yang saya rasa agak sukar untuk kita dapat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2014 Peringkat Kebangsaan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Sementara itu, Subramaniam berkata pada masa ini Kajian Mata Kebangsaan Kedua sedang dilaksanakan Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan, Institut Kesihatan Umum dan Pusat Penyelidikan Klinikal bermula bulan lepas bagi mengetahui punca utama masalah penglihatan dalam kalangan rakyat.

“Kali terakhir kajian ini dibuat kira-kira 15 tahun lepas dan dengan hasil kajian ini, kita harap dapat mengambil langkah perlu bagi mengurangkan masalah penglihatan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai lambakan sisa perubatan di Bukit Rambai di sini yang gagal dilupus syarikat yang bertanggungjawab, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan mengambil langkah tegas bagi memastikan sisa itu tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.

“Saya mengarahkan bahagian kejuruteraan kementerian (kesihatan) untuk menyiasat perkara ini dan mengambil langkah pantas bagi mengatasi masalah ini, kementerian amat memandang serius perkara ini,” katanya.

Semalam, Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan tapak pelupusan sisa perubatan itu tidak lagi menerima sisa perubatan kerana terdapat lambakan 1,200 tan sisa perubatan yang masih gagal dilupus syarikat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd