• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMETIS Projek Perumahan Berkonsepkan Mesra Alam

oleh AK-47
26/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Projek perumahan AMETIS yang terletak di Subang Bestari pastinya satu pilihan yang harus diberikan pertimbangan secara serius andai anda sedang mencari  kediaman yang selesa dan wang tidak menjadi faktor penghalang kepada anda.

Ciri paling nyata AMETIS yang terdiri daripada rumah jenis Semi-D ialah ia menerapkan perumahan mewah berkonsepkan mesra alam terbaharu.

Ia merupakan inisiatif syarikat pemaju yakni Worlwide Holdings dalam usaha mengekalkan konsep mesra alam dan kehijauan dalam projek pembangunan hartanah yang dijalankan pihak itu.

Menurut Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Rozeeda Abdul Rahman, AMETIS menawarkan sistem ‘rainwater harvesting’ yang mana air tadahan hujan boleh digunakan semula untuk berkebun serta menyiram tanaman yang di halaman rumah.

worldwide2

Selain itu, ‘solar heater’ turut disediakan di kebanyakan bilik dalam kediaman yang mana ia sekali gus dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

Pelbagai kemudahan awam yang terdapat di sekitarnya juga menjadikan AMETIS antara projek perumahan yang mendapat perhatian pembeli sekitar Lembah Klang.

“Antara kemudahan yang ada di sini ialah sekolah, surau, pengangkutan awam yang senang didapati, sekolah swasta, taman rekreasi serta akses lebuh raya yang mudah,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB.MY di pejabat WHB, Seksyen 7, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, AMETIS menawarkan 20 unit kediaman Semi-D yang mana setakat ini sudah 40 peratus dijual dan pihak mereka mensasarkan semua unit habis dijual menjelang hujung tahun ini.

Harga yang ditawarkan bagi setiap unit AMETIS adalah dari RM1.7 juta hingga RM2.3 juta.

“AMETIS turut menawarkan tahap keselamatan tinggi, di mana kawasan ini akan dijaga sepenuhnya oleh pos pengawal yang beroperasi  sepanjang masa selain sistem penggera yang dipasang di situ,” katanya lagi.

Sementara itu, WHB akan melancarkan beberapa projek pembangunan hartanah perindustrian di sekitar Shah Alam dan Kapar, Selangor yang mana nilai pelaburan pembangunan dianggarkan mencecah RM3.26 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang. – MYNEWSHUB.MY

ametiss

ametiss1

ametiss2

ametiss3

ametiss4

http://www.youtube.com/watch?v=USGHNdwsNxw

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: bisnesselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd