• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bantah Lori Bauksit Masuk Laluan Taman Perumahan

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kira-kira 150 penduduk di Taman Balok Baru di sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan pemandu lori terutama yang membawa bauksit melalui jalan di dalam kawasan perumahan mereka.

Wakil penduduk, Che Alif Ismail berkata tindakan pemandu-pemandu lori terbabit membimbangkan para penghuni di situ kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan dan pelbagai kerosakan infrastruktur awam.

“Lori-lori besar terutama yang membawa muatan bauksit menggunakan laluan sempit di dalam taman ini tanpa mengira waktu dan ia semakin banyak apabila pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama.

“Sebagai penduduk, kami rasa amat tertekan dengan situasi ini kerana ia mengundang pelbagai masalah seperti pencemaran bunyi, habuk dan merosakkan infrastruktur jalan, longkang serta paip air.

“Lebih merisaukan kami ialah keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang turut mengunakan laluan sama di mana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa apatah lagi sesetengah lori itu dipandu agak laju,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga taman itu berkata masalah yang bermula sejak awal tahun ini dilihat semakin berleluasa meskipun pernah ditegur oleh penduduk.

“Kami bimbang jika masalah ini tidak ditangani segera, penduduk akan mengambil tindakan sendiri dan ia mungkin menimbulkan masalah lebih besar,” katanya.

Beliau berkata selain masalah itu, penduduk juga kurang senang dengan tindakan pemandu lori yang meletakkan kenderaan berat mereka di dalam kawasan taman.

“Kami syorkan agar kerajaan negeri menyediakan satu tempat khas untuk meletakkan lori-lori bauksit ini supaya ia tidak mengganggu laluan penduduk. Dengan itu ia juga tidak mengganggu ketenteraman penduduk sekitar taman ini dan kawasan berhampiran,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksitpenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd