Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ada Pegawai Bocor Maklumat,...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat...

Patah Lengan Angkat Beban...

TBILISI - Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan...

Wanita Nekad Potong Tangan,...

SEORANG wanita di Vietnam sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal dengan memotong...

Polis Marin Sandakan Rampas...

SANDAKAN - Polis Marin menahan 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas...

Penduduk Bantah Lori Bauksit Masuk Laluan Taman Perumahan

KUANTAN – Kira-kira 150 penduduk di Taman Balok Baru di sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan pemandu lori terutama yang membawa bauksit melalui jalan di dalam kawasan perumahan mereka.

Wakil penduduk, Che Alif Ismail berkata tindakan pemandu-pemandu lori terbabit membimbangkan para penghuni di situ kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan dan pelbagai kerosakan infrastruktur awam.

“Lori-lori besar terutama yang membawa muatan bauksit menggunakan laluan sempit di dalam taman ini tanpa mengira waktu dan ia semakin banyak apabila pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama.

“Sebagai penduduk, kami rasa amat tertekan dengan situasi ini kerana ia mengundang pelbagai masalah seperti pencemaran bunyi, habuk dan merosakkan infrastruktur jalan, longkang serta paip air.

“Lebih merisaukan kami ialah keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang turut mengunakan laluan sama di mana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa apatah lagi sesetengah lori itu dipandu agak laju,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga taman itu berkata masalah yang bermula sejak awal tahun ini dilihat semakin berleluasa meskipun pernah ditegur oleh penduduk.


“Kami bimbang jika masalah ini tidak ditangani segera, penduduk akan mengambil tindakan sendiri dan ia mungkin menimbulkan masalah lebih besar,” katanya.

Beliau berkata selain masalah itu, penduduk juga kurang senang dengan tindakan pemandu lori yang meletakkan kenderaan berat mereka di dalam kawasan taman.

“Kami syorkan agar kerajaan negeri menyediakan satu tempat khas untuk meletakkan lori-lori bauksit ini supaya ia tidak mengganggu laluan penduduk. Dengan itu ia juga tidak mengganggu ketenteraman penduduk sekitar taman ini dan kawasan berhampiran,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori