• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar: Suasana Hari Pertama IKEA Cheras Meriah!

oleh AK-47
25/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IKEA Malaysia telah membuka gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras, hari ini.

Pembukaan gedung kelengkapan rumah itu adalah yang terbesar setakat ini kerana ia meliputi ruang membeli-belah seluas 42,000 meter persegi serta 20 peratus lebih besar dari cawangan pertamanya yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Gedung tersebut itu telah dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Bengt G Carlsson yang menggergaji kayu log sebagai tanda simbolik permulaan.

Orang ramai mula beratur dan membanjiri pusat membeli-belah itu sejak awal pagi bagi merebut barangan percuma serta mencari kelengkapan rumah dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, rata-rata orang ramai juga dilihat berpusu-pusu ke gedung itu untuk menikmati makanan signature di situ iaitu bebola dagingnya!

Keadaan begitu sesak di luat gedung sehingga bantuan polis terpaksa dipohon untuk mengawal aliran lalu lintas.

Memang meriahlah suasana di sana! Kalau tak percaya jom kita tengok gelagat orang yang hadir memeriahkan lagi keadaan di sana hari ini. – MYNEWSHUB.CC

DSC_7112
Haaa.. sampai sesak jalan raya dibuatnya.. nasib baik ada abang-abang polis yang mengawal keadaan agar lebih lancar!
DSC_7119
Tak kira panas terik, orang ramai tetap tidak mahu terlepas mengunjungi gedung IKEA yang baru dibuka.
DSC_7121
Pintu gerbang gudang dengan sepanduk besar yang bertulis ‘Selamat Datang’ dalam bahasa Sweden.
DSC_7127
Orang ramai sibuk mencari kelengkapan rumah dengan harga yang berpatutan!

DSC_7146

DSC_7136

DSC_7147
Antara anak-anak kecil yang hadir dengan ibu bapa mereka. Bukan main seronok lagi main sama-sama macam dalam bilik sendiri.
DSC_7144
Eh.. Adik ni sempat main masak-masak pula!
DSC_7149
Antara ruangan hiasan dalaman rumah yang ada di IKEA Cheras! Jom sama-sama kita kunjunginya.
DSC_7152
Selepas penat berjalan membeli-belah..jangan lupa singgah makan bebola daging IKEA yang popular di sini.
DSC_7154
Selain bebola daging, di IKEA juga terdapat menu-menu istimewa yang sangat menyelerakan.
DSC_7159
Tersenyum lebar..antara pengunjung yang gembira dan senang hati selepas mengunjungi gudang itu hari ini.
DSC_7161
Wow..banyaknya shopping!
DSC_7156
Alahai..kesiannya adik tu sampai tertidur atas trolley..tapi apa yang penting satu keluarga seronok sebab dapat luangkan masa bersama-sama di IKEA hari ini.

Tags: CherasgambarIKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Rumah Di Flat Sri Sabah Terbakar

5 Rumah Di Flat Sri Sabah Terbakar

11/02/2024
0

PETALING JAYA – Beberapa unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras Kuala Lumpur dilaporkan terbakar. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan yang mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di tepi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd