• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Perhimpunan Warga Teksi Adalah Kumpulan Kecil Yang Buat Bising

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan desakan peserta Perhimpunan Aman Warga Teksi di Padang Merbok hari ini sebagai “kumpulan kecil” yang membuat “bising”.

Beliau berkata perhimpunan yang dianjurkan segelintir pemandu teksi itu tidak akan mengubah sebarang keadaan mahupun memenuhi kehendak penganjur perhimpunan tanpa permit itu.

Syed Hamid menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan atas desakan peserta perhimpunan itu kerana mempunyai tanggungjawab yang besar kepada rakyat.

“Kalau semua orang dengar kumpulan kecil, nanti semua orang kena letak jawatan. Ini sudah menjadi fesyen baharu di negara kita di mana orang yang diberi mandat oleh rakyat disuruh letak jawatan berikutan isu-isu kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium SPAD 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perhimpunan warga teksi yang mendesak supaya SPAD dirombak dan kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar yang dikatakan menjejaskan ‘periuk nasi’ pemandu teksi.

Syed Hamid berkata terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak terhadap penganjur perhimpunan itu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas syor persatuan dan pemandu teksi supaya Pelan Transfomasi Teksi dikaji semula, beliau berkata SPAD kini sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu-isu teksi yang dibangkitkan.

“Kami telah memulakan perbincangan dalam makmal teksi bermula Isnin lalu bersama dengan semua pemegang taruh dan saya kira ini cara yang betul untuk menyelesaikan isu bukan dengan cara demonstrasi jalanan,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat persatuan dan pemandu teksi bagi mengatasi masalah sekali gus menaik taraf industri pengangkutan awam darat di negara ini. – BERNAMA

Tags: pemandu teksiSyed Hamid Albar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

15/02/2021
0

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd