• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AYLS 2015 Lakar Sejarah Dianjur Serentak Dengan Sidang Kemuncak ASEAN

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN+ 2015 (AYLS 2015) yang turut melibatkan 10 rakan dialog di ibu negara esok bakal mencatat sejarah tersendiri apabila dianjurkan serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jika dibandingkan dengan negara yang menjadi pengerusi ASEAN sebelum ini, acara tahunan itu kebiasaannya dianjurkan secara berasingan dengan Sidang Kemuncak ASEAN atau beberapa bulan lebih awal.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan selaku penganjur AYLS 2015 membuat kelainan itu untuk memberi peluang kepada pemimpin muda ASEAN turut merasakan bahang Sidang Kemuncak ASEAN dan mendekatkan lagi golongan tersebut dengan persatuan tunggal di rantau Asia Tenggara itu.

“Kita nak manfaatkan sepenuhnya kesempatan selaku Pengerusi ASEAN, maka sebab itu kita masukkan sekali AYLS sesuai dengan apa yang kita katakan Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan,” katanya kepada Bernama.

Bertemakan ‘Belia Memacu Komuniti ASEAN’, Khairy berkata AYLS 2015 akan berlangsung selama tiga hari mulai 18 Nov di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata 300 belia – 120 dari Malaysia, manakala 180 lagi dari negara anggota ASEAN dan 10 rakan dialog iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, Rusia, Kanada, Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah akan menyertai AYSL 2015.

Mengenai tema AYLS 2015, Khairy berkata pemilihannya bertepatan dengan keadaan semasa yang mana 60 peratus daripada populasi ASEAN adalah golongan muda berusia 35 tahun ke bawah.

“Selari dengan aspirasi ‘ASEAN Berpaksikan Rakyat’, belia di rantau ini merupakan aset paling penting dan berharga kepada ASEAN terutama untuk merealisasikan semua visi dan misi yang ditetapkan dalam rangka kerja Komuniti ASEAN,” kata Khairy.

Menjelas lanjut mengenai sidang kemuncak itu, Khairy berkata ia merupakan landasan terbaik untuk golongan muda saling mengenali selain sama-sama memikirkan masa depan rantau ini dari segenap sudut terutama untuk memastikan kejayaan Komuniti ASEAN.

“Paling penting ialah kerjasama dan hubungan itu bukan hanya antara belia dari negara ASEAN, malah rakan dialog yang mana ia bakal membuka ruang serta peluang bagi segala kerjasama pada masa akan datang,” katanya.

Menyentuh mengenai perjalanan AYLS 2015, Khairy berkata para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan empat skop utama iaitu kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawan serta pendidikan dan pekerjaan.

“Semua skop atau sektor ini amat penting dan dekat kepada golongan muda selain merupakan cabaran utama kepada mereka dan juga ASEAN,” katanya.

Selain itu, AYSL 2015 juga akan menampilkan beberapa tokoh terkemuka antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes serta Utusan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Belia, Ahmed Alhendawi.

Khairy berkata AYLS 2015 menjanjikan kelainan daripada penganjuran sebelum ini kerana para peserta bukan hanya perlu ‘memerah otak’ untuk menjana idea serta cadangan untuk memajukan rantau ini, sebaliknya mereka juga akan turun padang melakukan khidmat komuniti.

Katanya khidmat komuniti itu dijayakan dengan kerjasama 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai bidang seperti ‘Biji-Biji Initiative’, Yayasan Kepimpinan Global Perdana, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein dan Eco Greater Melawati.

Pada akhir AYLS 2015, satu manifesto mengandungi saranan serta tuntutan untuk memajukan golongan muda dan rantau ini akan dikeluarkan dan diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi ASEAN untuk dipertimbang oleh para pemimpin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 pada 21 dan 22 Nov ini.

“Saya berharap manifesto ini biarlah sesuatu yang luar biasa dan menyatakan secara spesifik apa yang diperlukan dan bukannya satu dokumen yang terlalu umum,” kata Khairy sambil menambah pihaknya akan memantau setiap cadangan yang diterima dengan Sekretariat ASEAN. – BERNAMA

Tags: ASEANKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd