• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kerani Sekolah Dibunuh: Polis Tahan 6 Lelaki Warga Nepal

oleh AK-47
19/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK polis telah berjaya menahan enam lelaki warga Nepal yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya, Sungai Terap, Muar, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 43 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Memetik laporan Harian Metro, Azman memberitahu, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 5 petang pada Isnin.

Susulan itu, beberapa anggota polis telah bergegas ke lokasi iaitu rumah mangsa sebelum menjumpai seorang wanita terbaring dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher di depan sebuah bilik.

Baca: Kerani ‘Dirogol’ Dibunuh, Anak Mangsa Baru Empat Bulan

“Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.

“Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, pada Selasa.

Difahamkan, beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit didapati hilang.

Kes pembunuhan wanita bernama Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29; ini mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi mengenangkan nasib cahaya mata mangsa yang baru berusia 11 bulan. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bfPjUmmE02A]

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd