• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tikam Pemandu Bas Rapid Berjaya Ditahan

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti anda ada terbaca kes seorang pemandu bas Rapid Penang ditikam oleh wanita kurang siuman gara-gara tidak menghentikan bas di hadapan rumahnya ,semalam.

Hari ini, atas bantuan pemandu bas yang membawa bas bernombor yang sama menahan wanita yang berusia 48 tahun sebelum menyerahkan suspek kepada pihak polis.

 

Menurut pemandu bas itu, dia dapat mengenali suspek kerana suspek setiap hari menaiki bas Rapid Penang bernombor 502 laluan dari Jeti ke Balik Pulau untuk ke pasar.

Memetik petikan Harian Metro, ketika pemeriksaan, pihak polis menemui sebilah pisau yang dipercayai senjata utama kes serangan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas wanita terbabit bagi siasatan kes serangan berkenaan.

“Pisau itu ditemui dalam beg yang dibawanya dan suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Mangsa iaitu pemandu bas Rapid Penang yang ditikam semalam , Aisyamudin Yaacob, 27 ditikam di paha kanan hingga menyebabkan beliau tidak sedarkan diri di dalam bas tersebut gara-gara tidak memberhentikan bas di depan rumahnya berikutan hentian bas terletak di kawasan berdekatan.

rapid penang2

Menurut laporan perubatan, tikaman itu mengena urat saraf utama menyebabkan Aisyamudin mengalami pendarahan teruk.-mynewshub.cc

Oleh : Farah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd