• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Penekanan Bahasa Inggeris Di Sekolah Amanah – MB Pahang

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mahu Sekolah Amanah di negeri ini memberi penekanan terhadap Bahasa Inggeris bagi memastikan pelajar yang dilahirkan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kepentingan bahasa itu tidak dapat dinafikan kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan antara punca kegagalan siswazah menembusi pasaran kerja.

“Menekankan Bahasa Inggeris bukan bermaksud kita kurang patriotik, tapi kerana bahasa ini adalah bahasa antarabangsa. Mereka yang kurang fasih dalam bahasa ini akan ketinggalan,” katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Seolah Amanah antara Yayasan Pahang dan Yayasan Amir di sini, hari ini.

Adnan turut melahirkan hasrat supaya penguasaan Bahasa Arab juga dijadikan keutamaan di Sekolah Amanah, yang diharapkan akan melahirkan generasi masa hadapan yang luar biasa, berfikir di luar kotak dan bersifat global.

“Sekolah Amanah merupakan pendekatan baharu dalam bidang pendidikan untuk memperkasakan sekolah dengan memberi kebebasan untuk mengurus dan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

“Kita juga akan buat pemantauan secara berkala untuk pastikan matlamat yang kita tetapkan mengikut landasan yang tepat,” katanya.

Berdasarkan MoU itu, kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menjadi kerajaan negeri pertama yang menaja dan menyokong program pembelajaran selama lima tahun yang dibangunkan Yayasan Amir.

Dua sekolah yang sedang dipertimbangkan bagi pelaksanaan Sekolah Amanah di Pahang ialah Sekolah Kebangsaan Kempadang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, yang terletak di Kuantan.

MoU itu ditandatangani oleh wakil Yayasan Pahang terdiri daripada anggota lembaga pemegang amanahnya Datuk Mohamed Jaafar dan Datuk Kamaruddin Mohamed manakala Yayasan Amir diwakili pengarahnya Zulhelmi Othman.

Sekolah Amanah mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan merupakan sekolah awam yang diuruskan di bawah Yayasan Amir dengan pemimpin sekolah kerajaan di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan.

Setakat ini, terdapat 40 buah Sekolah Amanah di Johor, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobBahasa Inggeris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Kelantan Kurang Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

16/05/2022
0

BACHOK: Kementerian Pendidikan meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Kelantan yang berlaku sejak sekian lama dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd