• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Babi’ Di Taman Permainan, MBPP Diselar Orang Ramai

oleh AK-47
14/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lalu, sekeping gambar permainan yang menyerupai babi di sebuah taman permainan di Pulau Pinang telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Gambar tersebut dimuat naik oleh Setiausaha Gabungan NGO Islam Pulau Pinang (GNIPP), Ahmad Yakqub Nazri pada 7 November lalu, ketika beliau membawa anaknya ke taman permainan tersebut di Padang Kota Lama.

babis

pigggg2

“Saya terkejut dengan soalan yang diajukan oleh anak saya sama ada dia boleh atau tidak memegang satu permainan yang disediakan di taman itu.

“Saya terus melihatnya dengan lebih dekat, rupa-rupanya permainan yang dimaksudkan itu berimejkan babi,” katanya.

Justeru, beliau beranggapan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di bawah kerajaan negeri DAP seakan tidak ambil peduli mengenai sensitiviti umat Islam di negeri tersebut.

“Saya amat terkilan kerana pihak MBPP tidak sensitif mengenai isu ini, banyak lagi imej yang lain boleh digunakan oleh MBPP tetapi mengapa haiwan ini juga yang dipilih? Ia menampakkan satu provokasi yang tidak baik.

“Mereka yang memasang alat permainan tersebut jelas tidak sensitif kepada umat Islam di negeri ini,” katanya.

Bagaimanapun, alatan permainan tersebut telah ditukar kepada imej lain selepas isu berkenaan tersebar di laman sosial.

yellow_bird_springer_penang_20151110_620_465_100

Menurut akhbar The Star, tiada lagi alat permainan warna biru berbentuk ‘babi’ sebaliknya ia telah ditukar kepada burung kuning selepas coretan Ahmad Yakqub dimuatnaik.

“Kuasa rakyat bercakap sana sini telah menyebabkan pihak MBPP takut dan terus tukar ‘babi’ kepada ‘burung’,” kata Ahmad Yakqub dalam satu lagi coretan bertajuk ‘Babi sudah lari terjun laut’ di media sosial sama beberapa jam kemudian.

Setiausaha MBPP, Ang Aing Thye berkata, pegawai yang bertanggungjawab bagi projek itu telah dimaklumkan supaya mengemukakan laporan.

“Kami sedang menyiasat perkara itu. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

Tags: babiDAPMBPPPulau Pinang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd