• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Ikrar Tewaskan Parti Amanah!

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Kelantan memberi jaminan akan menggerakkan kempen secara serius bagi memastikan Parti Amanah Negara (PAN) tewas di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda PAS Kelantan tidak akan memandang rendah pada PAN walaupun menganggap parti itu bukan satu ancaman yang serius kepada PAS.

“PAN berhak untuk memilih mana-mana kerusi di Kelantan untuk bertanding bahkan Presidennya, Mohamad Sabu.

“PAN secara rasminya telah mengambil alih tugas UMNO untuk menentang PAS di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, kenyataan Mohamad bahawa PAN bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan dalam PRU akan datang menyerlahkan tujuan sebenar parti itu ditubuhkan untuk menjatuhkan PAS.

Beliau turut mempersoalkan adakah pentadbiran Kelantan telah menyeleweng daripada asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga PAN mendakwa ia wajib ditentang oleh sebuah parti Islam baharu.

Justeru, beliau merakamkan tahniah kepada DAP di Pulau Pinang kerana dilihat sangat sempurna pada PAN sehingga tiada niat untuk parti Islam baharu itu turut bertanding di kerusi DAP atau sekurang-kurangnya di Pulau Pinang.

“Di antara PAN dan PAS, rakyat tentunya dapat menilai dengan adil, siapakah yang akan lebih tegas mempertahankan prinsip Islam di dalam pentadbiran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd