• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Akui Akan Tinggalkan Sukan Bola Sepak

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui baginda tidak akan kekal mengendalikan sukan bola sepak Johor selama-lamanya.

Tunku Ismail sebaliknya menegaskan akan tiba masa baginda meninggalkan sukan bola sepak selepas menunaikan tanggungjawab yang dipikulnya dalam bidang itu.

“Sebagai Penaung Diraja, saya masih menguruskan dan bertanggungjawab atas segala-galanya; namun akan tiba masanya saya akan meninggalkan bidang bola sepak.

“Harinya mungkin tidak lama lagi, namun sekarang, hanya masa akan menentukannya,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Tunku Ismail bertitah, baginda membangunkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana minat yang mendalam ke atas sukan bola sepak, bukan kerana mahu menjadikan ia sebagai punca pendapatan.

Malah, baginda bertitah sangat gembira melihat rakyat Johor kini kembali bersatu melalui sukan bola sepak yang diilhamkan baginda melalui JDT.

“Hari yang penyokong rasakan ada sesiapa yang mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih baik, itulah hari saya akan mengundur diri,” jelas baginda.

Justeru, baginda menyeru para penyokong JDT supaya bersyukur dan sentiasa merendah diri dengan kedudukan kelab ‘Harimau Selatan’ waktu ini.

Titah baginda, ia kerana ada penyokong Johor yang mula cuba mengajar baginda bagaimana untuk menguruskan kelab.

“Amat baik sekali bila anda ingin berkongsi idea masing-masing. Idea sememangnya amat baik, tetapi hanya beberapa orang yang mampu melaksanakannya.

“Kita sepatutnya menilai kelab kita daripada pencapaian dan tahap konsisten, bukan daripada apa kata orang,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd