• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Paip Dipenjara, Denda Kerana Cederakan Isteri

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat mencederakan isterinya yang disyaki curang, seorang tukang paip hari ini dihukum penjara tiga minggu dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Aridass, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah mencederakan K. Setara, 34, menggunakan sebatang besi.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Dia gagal membayar denda itu.

Aridass didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Antoi, Kepong Baru, Sentul di sini pada 1 pagi semalam, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah ketika kejadian, dia hanya ‘mabuk sedikit’ dan mencederakan isterinya yang didakwa mempunyai lelaki lain.

Majistret Saifulakmal berkata tertuduh tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu kerana mangsa merupakan seorang wanita.

“Kalau saya ada perempuan lain, boleh ke isteri saya pukul saya?” katanya menyebabkan tertuduh terdiam.

Mengikut fakta kes, Aridass pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan berlaku pertengkaran dengan mangsa apabila tertuduh menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Takut dengan tertuduh yang sedang marah, mangsa masuk ke dalam bilik dan diikuti oleh tertuduh lalu memukulnya dengan sebatang besi di dahi sehingga berdarah menyebabkan mangsa menerima lapan jahitan di dahi dan lebam di belakang badan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhammad Faizal. – BERNAMA

Tags: Kes deraPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd