AMBOI.. sejak beberapa hari ini timeline laman Facebook dipenuhi dengan bermacam-macam gambar aksi mencuit hati orang ramai mengangkut air Slurpee di kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara.
Sehinggakan terkekeh-kekeh kami ketawa melihat gaya dan style pengemar minuman Slurpee yang sanggup membawa periuk nasi, topi keledar, balang shisha, kulit durian dan banyak lagilah untuk mengisi minuman berwarna-warni itu.
Difahamkan, fenomena unik ini adalah sempena promosi ‘Bring Your Own (BYO) Cup Day’, di mana pelanggan hanya perlu membayar RM2.90 dan boleh mengambil air tersebut sebanyak mana namun dengan syarat membawa bekas sendiri.
Promosi yang diadakan kedai serbaneka 24 jam ini dikatakan hanya berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 November lalu.
Lebih unik, pihak 7-Eleven turut mengadakan pertandingan di mana peserta perlu memuat naik gambar dengan gaya yang menarik untuk memenangi hadiah.
Senang cakap, memang kreatif sungguh rakyat Malaysia! Tak caya, jom lihat gambar-gambar mereka. – MYNEWSHUB.CC









