APABILA wang mengaburi mata, ini yang berlaku kepada Mary Kersting.
Dia sanggup menyimpan mayat ibunya, Hope Ruller, di dalam rumah mereka selama 18 bulan semata-mata untuk menuntut wang kebajikan kepunyaan wanita tersebut.
Wang yang diperolehinya adalah sebanyak $13,000. Dia memberi alasan kepada polis bahawa dia tidak mampu mengebumikan ibunya.
Mary juga menipu anak saudaranya dengan menyatakan wanita yang berusia 93 tahun itu masih hidup.
Dia bagaimanapun dipenjarakan selama enam bulan dan diarahkan menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama 500 jam.
Dalam pada itu, anak saudaranya yang enggan dikenali menyifatkan perbuatan Mary sebagai menjijikkan.
“Nenek saya meninggalkan dunia ini dengan cara yang tidak bermaruah,’’ katanya.
Hope akhirnya dikebumikan di sebelah kubur suaminya. – MYNEWSHUB.CC

