• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 6 Bulan Perlu Bantuan Beli Mesin Bantuan Pernafasan

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di Kampung Padang Gelanggang, di sini memerlukan dana bagi membeli mesin bantuan pernafasan.

Bayi, Muhammad Rayyan Mohd Yazid disahkan menghidap penyakit berkenaan ketika berusia sebulan.

Ibu bayi, Annur Syakirah Mahazir, 19, berkata, anak kesayangannya itu kini terlantar di Wad Separa Kritikal (Pediatrik) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat penyakit berkenaan.

Menurutnya, doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami masalah jantung berlubang, saluran pernafasan sempit dan tiada injap dalam saluran pernafasan.

“Disebabkan masalah itu, Rayyan sering mengalami masalah kekurangan oksigen kerana tidak dapat bernafas dengan baik dan menggunakan mesin bantuan pernafasan setiap masa.

“Selain itu, paru-paru Rayyan disahkan rosak, oleh itu dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB semalam.

Annur Syakirah berkata, dia dan suaminya, Mohd Yazid Lazim, 24, memerlukan dana sebanyak RM7,000 bagi membeli mesin bantuan pernafasan, tangki oksigen dan mesin penyedut kahak.

Jelasnya, jika peralatan berkenaan dapat disediakan, anaknya boleh dibawa pulang ke rumah.

“Kami tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana suami bekerja sebagai penoreh getah yang berpendapatan RM800 sebulan.

“Kadangkala kami terpaksa berhutang untuk datang ke HSB kerana masalah kewangan. Kini HSB sudah menjadi rumah kedua kami sejak anak dirawat di sini,” katanya.

Bagi yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi CIMB 7057753680 atas nama Annur Syakirah atau menghubungi talian 0194070530. – Sinar Harian Online

Tags: bantuanbayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd